Wednesday, March 18, 2015

Abah

Abah,

Lia rindu Abah..banyak perkembangan anak-anak Abah yang Abah tak tau.mesti Abah bangga dengan anak-anak Abah. bangun cepat Abah..rindu Abah sangat2

Ya Allah..kuatlah semangat kami sekeluarga..kuatkan mama.kesihatan mama.

Lama Abah tak masuk mimpi.berharap malam ni Abah masuk mimpi aku.tak dapat bercakap di alam nyata(Abah tak sihat,masih tak sedar,makan pun guna tiub).dalam mimpi pon jadilah..



Monday, January 20, 2014

hello 2014

salam..tetiba rasa nak menaip.berkongsi cerita pada sesiapa yang masih singgah blog ni.hehehe..HELLO 2014!whatt..2014?rasa terlalu cepat masa berlalu..umur pon makin meningkat.zaman di mana dekat fb tu dah ramai kawan2 upload gambar tunang,nikah dan anak ^_^.. aku?hmm masih seperti dulu..takde pape perubahan.

ok.x nak cerita pasal tu lagi.ni aku nak cerita sekitar tahun 2013. 2013 yang seakan-akan 2010..pahit manis dalam tahun ini. Awal tahun 2013..aku tamat latihan industri aka praktikal dekat sebuah company IT kecik. memang disaster keje kat situ..sebab semua benda ko yang kena buat..dari handle client,g site,maintain system dll..semua ko!hamekk..tapi xpe..bila di ingat..kenangan manes tu. banyak benda yang aku belajar. 

lepas tamat praktikal.bulan 2...bermulalah final year final sem aku. haaaa..fuhhh.. busy time ni..dengan 4 subjek.pastu final year projek yang bermula dari 0..start from proposal sampai la benda yang hendak di hasilkan. time ni jugak melepaskan kerinduaan dengan rakan2 kelas yang lama x jumpa. (satu sem praktikal kan).

pastu..sedar tak sedar.selesai semuanya.. Alhamdulillah..dan aku berjaya menyarungkan jubah sekali lagi..tapi kali ni..ade topi..demi nak merasa pakai topi tu..bertahan aku selama 3 tahun..walaupon masa tu kawan2 seusia dengan ku sudah lama bekerjaya..takpe..kura-kura lambat sikit :')

Sementara tunggu majlis graduasi bulan 10..aku join dcode camp..program dimana pelajar seusia 10 tahun dan 16 tahun belajar coding..sumpah best!pengalaman baru..aku dapat tdo hotel..makan sedap-sedap sampai gemok dan berjalan ke negeri orang..paling jauh n lama..SARAWAK!hehe..tapi bukan mudah ye..nak fahamkan diorang..nak-nak budak 10 tahun..badan penat tolak tepi tau..yang pening ilmu tu.

Orang cakap..tuah ayam nampak di kaki..tuah manusia tak siapa yang tahu..alhamdulillah.16/10..aku dapat kerja walaupon cntract selama setahun..memang aku tak sangka di terima bekerja dekat situ. Syarikat besauuu..kita kecik je...xpelah..cube sebaik mungkin setahun ni.team mates baik..harap2 sampai bila2 diorang baik..kahkahkah.

28/10..jeng jeng jeng..hari bahagia..hari jubah aku..hihihi.tapi x brape bahagia la..sebab...hari isnin!semua keje weyyy..dah la sesi petang.masa tengah hari..semua ade.masa keluar dewan..aku sorang2 je..xde sape sambut..iskkk..disaster!..mama abah kat side sebelah sana..jenuh la aku pusing dewan cari..terpisah dengan kawan2 jugak.tak dapat bergambar sama sama :(.tapi xpe..hari bahagia kan.sememangnya akan gembira..hahaha.

itu je la seingat aku..yang kecik2 malas nak menaip.event2 besar je aku tulis.tahun 2013 jugak.ramai kawan-kawan rapat yang kawen.tapi banyak yang aku x dapat pergi..maaf.doa aku agar korang berbahagia sehingga ke syurga.



classmates yang macam-macam hal!#gilagila.hahaha..but now.i miss them ;')

my biggggg family.. (ada yang xde) but thank you so much for coming ^_^

itu sahaja..kbyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..

P/s : ade lagi ke yang sudi baca blog aku ni..hahaha.


Sunday, July 7, 2013

menaip dan terus menaip

hello blog bersawang yang mungkin takde sape nak baca!hahaha

ok.short update!

sekarang jam menunjukkan 4.39 pagi..bertemankan lagu favourite "seribu tahun" by imran ajmain(lagu jiwang.lalalala). Aku pun terasa nak update blog.sebenarnya aku tengah buat bab 5 tesis aku.TAK SIAP-SIAP lagi hoi..ape nak jadi la. Aplikasi android Baby Food Recipes aku macam tu la.penat nangis.tapi sekarang tak nangis dah la.Aplikasi tu jadi.cume..so-so la.takdelah gempak. nak gempak macam mane. start from 0 + kena belajar sendiri.mau x menggelabah aku :/..dengan 4 subjek lain yang boleh tahan tough nye..tapi subjek-subjek tu semua dah settle dan exam pon dah 2 minggu habis.yahoooooooooooo..memang sekarang boleh fokus kat fyp(final year projek) aku je.

tapi tapi tapi...tak fokus jugak..sebab aku amik kursus summer school under IBM :D ..last sijil yang boleh di kutip sebelum meninggalkan UKM tercinta ni. Sebenarnya esok start balik kursus tu untuk minggu kedua.seharian pulak tu dan aku x tdo2.cari nahas aku ni -.-'

aku target minggu ni nak hantar draf dan minggu depan boleh present.. All is well..jeles tahu kawan-kawan ramai dah present dan DAH BALIK!..aku,hari-hari dok tgok benda ni.muak jugak lama2.tdo pon x lena :( .pada yang baca..doakan aku ye.risau n cuak jugak ni..pertarungan terakhir sebelum habis degree(baru degree T_T) sape x cuak kan..moga semuanya dipermudahkan.amin.
muka depan harus cantik.walaupon dalam macam.. $@)@*%(@ hehe

p/s : pilih lagu jiwang sebab senang nak karang ayat.hahaha




Monday, May 13, 2013

Nasi kukus

Nasi putih memang menggunung,ayam ada rasa rempah-rempah sikit,kari memang mabeles! ,ikan masin,suppose ade sambal belacan dan sedikit sayur... Sedap dan berbaloi dengan harga rm4.hehe..
P/s: lama x update blog..so update la sikit..tu pon pasal makanan..hahaha :D

Friday, May 10, 2013

YA HANANA




يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami 

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد   بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad 
Telah muncul agama yang didukung,  dengan munculnya sang Nabi Ahmad

يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد  ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na bimuhammad   dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami 

خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى   وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani   wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna

مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى   وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani   wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami 

مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر    لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar    liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW), 


وَافتخَرَت الُ مُضَر   بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor     bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia

يَاهَانَانَأ
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا   وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon   wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya

ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا   سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon    saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT

يَاهَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام   المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami   al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama

صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا   يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu  yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

يَا هَنَانَا


p/s : best qasidah ni..cubalah dengar :)

Wednesday, April 3, 2013

Wordless Wednesday #8


7th years of friendship n still counting. #bff #kpmb #naikbroga

Wednesday, March 20, 2013

mari belajar memasak


yeay yeay yeay!!!akhirnya pada tanggal 18/3/2013, aku dapat buku ni.lama dah nak beli.tapi x terbeli-beli.akhirnya..hasil dari pau orang(x bagus betul!)dapat buku ni.1 hari 1 resepi..memang best buku ni sebab semua page berwarna.memang kalau lapar aku boleh selak buku ni sambil telan air liur dan menenangkan jiwa yang sedang kacau bilau.hahaha

persoalannya..bila aku nak cuba resepi dalam ni?ahaaaa..yang tu kita tak tau..mungkin masa cuti midsem nanti atau masa-masa akan datang..

p/s : rasa nak cuba buat kuih seri muka sendirilah..hmm sedapnya kuih tu!